Pages

October 14, 2010

Sekitar Gambar Kemalangan di KM223 berhampiran dgn Plaza Tol Simpang Ampat

Gambar daripada kamera mereka yg berada di tempat kejadian sesudah kemalangan,
ikhsan drpd Farah Othman dan Oh! Tidak



SEREMBAN, 12 Okt (Bernama) -- Bas ekspres Delima yang dinaiki 34 orang penumpang yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Rembau, Ahad lepas yang mengakibatkan 12 terbunuh, kini ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Rembau DSP Mizan Md Dom berkata proses siasatan itu juga akan melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Polis juga akan menjalankan siasatan bagi melihat sekiranya pemandu bas itu memandu di bawah pengaruh alkohol ataupun dadah," katanya ketika dihubungi hari Selasa.

Katanya setakat ini pihaknya sudah menyerahkan semua barangan dan bagasi milik mangsa kepada keluarga yang terlibat dalam kemalangan.

Sementara itu Mizan berkata mayat tiga warganegara Myanmar yang maut dalam kemalangan itu sudah dituntut oleh Kedutaan Myanmar hari ini.

Beliau berkata mayat Pau Khan Tual, 21, Cin Thawa Tuang, 21, dan Kam Khaw Tual, 19, dijangka akan diserahkan kepada pihak kedutaan negara berkenaan di Hospital Melaka hari ini.

"Hanya tiga mayat ini sahaja yang masih belum dituntut manakala sembilan mayat mangsa yang maut dalam tragedi berkenaan sudah dituntut oleh keluarga masing-masing," katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 Ahad lepas, 12 maut di tempat kejadian, manakala lebih 40 lagi cedera termasuk parah apabila dua buah bas, tiga kereta dan sebuah van terlibat dalam kemalangan.

-- BERNAMA



























Semoga semua Roh Dicuri rahmat... jgn bwk bas lelaju ok abg2 driver semua..

No comments:

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...